29 September 2009

Madah Syawal yang mulia..

Dari medan Ramadan sepenuh perjuangan
Terpamir ketulusan jiwa, kemurnian hati,
kecerdasan fikiran, ketangkasan tindakan…
Ukir semurni tadbir
Tagih sesuci takdir

Dari takbir Syawal seluruh kemuliaan
lambang satu kemenangan
mengatasi kejahatan diri dalaman
menangani angkara musuh luaran
kembali ke fitrah…
kembali kepada Allah!

Hitung syukurmu di istana rahmat-Nya
Renung sukarmu di penjara dosa-dosa
Moga keberkatan Ramadhan…
Agar Kemuliaan Syawal…
Menjadi mahar seorang hamba…
untuk melamar cinta Tuhannya!

Karya: Ustaz Pahrol M. Juoi
Madah Hati di Aidilfitri

04 September 2009

kembalikan folder ter'hidden'

File yang tersuperhidden adalah file yang sengaja / tidak sengaja disembunyikan melebihi dari kemampuan hidden yang kita tahu. Biasanya file yang terhidden biasa kita lihat setelah kita mengaktifkan Show hidden files and folders di Folder Option. Tetapi berbeza dengan file yang telah ter-supperhidden, file ini tidak akan muncul sekalipun sudah mengaktifkan Show hidden files and folders di Folder Option. File yang ter-superhidden ini biasanya akan kelihatan pada saat komputer terkena virus, sepatutnya file ini tidak kelihatan kerana menghalang pengguna daripada tersalah delete file system itu.

Memunculkan file yang tersuperhidden :


1. Langkah 1

Lakukan edit registry :

# Start / Run / klik “ regedit “ (tanpa tanda " ").

# Cari Key registry :

HKey_Current_User \ Software \ Microsoft \ Windows \ CurrentVersion \ Explorer \ Advanced

Buat DWORD " SuperHidden " (tanpa tanda " ")

beri nilai 1.


2. Langkah 2

Setting Folder Option :

# Buka Windows Explorer

# Klik menu Tools, pilih Folder Option

# Klik tab View

1. Aktifkan “Show hidden files and folders”.

2. Menghilangkan centang " Hide protected operating system files(Recommended) ".


3. Langkah 3

Buka Command Prompt, taip :

1) c:\>attrib_-s_-h_*.exe_/s_/d ( memunculkan file exe, com, bat, pif, lnk )

2) c:\>attrib_-s_-h_/s_/d ( memunculkan folder dan subfolder )

3) c:\>attrib_-s_-h_system32 ( memunculkan folder sistem 32 )

4) c:\>attrib_-s_-h_*.doc_/s_/d ( memunculkan file word )

Selamat mencuba.

Install Windows Secara Auto

Sebagai seorang pelajar jurusan komputer, kami seringkali diminta untuk install Windows XP ke dalam PC di bengkel. Namun proses install Windows XP ini biasanya mengambil masa, lebih - lebih lagi pada PC lama.

Jadi, saya telah burn satu CD Windows XP yang akan memasukkan nama, no siri, serta menetapkan tarikh dan masa secara automatik. Dengan ini, saya hanya perlu format hard disk dan tetapkan saiz partition sahaja manakala proses yang selebihnya akan diuruskan oleh Windows. Saya tidak perlu lagi tunggu di hadapan komputer untuk menekan butang Next satu - persatu. Kaedah ini dipanggil sebagai Unattended Windows Installation.
Untuk membuat CD ini, anda boleh menggunakan software nLite. Download dan install nLite, dan ikuti langkah - langkah berikut:

1. Buka program nLite. “Welcome to nLite!” akan dipaparkan. Klik Next.

2. Masukkan CD Windows XP ke dalam CD-ROM. Klik pada butang Browse dan pilih CD tersebut. Kemudian nyatakan folder di mana kandungan di dalam CD Windows XP tersebut akan disalin ke dalam komputer. Tunggu sehingga proses menyalin selesai. Klik Next.

3. Pada bahagian Presets, klik Next.

4. Pada bahagian Task Selection, pilih Unattended dan Bootable ISO.

5. Pada bahagian Unattended, pastikan anda mengisi no siri (tab General), Full Name (tab Owner and Network ID), dan Timezone (tab Regional) bagi memastikan proses install Windows XP akan dijalankan secara automatik. Klik Next setelah selesai.

6. Kotak “Apply changes?” akan dipaparkan. Klik Yes. Tunggu sehingga proses selesai dan klik Next.

7. Pada bahagian Bootable ISO, anda boleh pilih samada hendak burn terus ke dalam CD atau buat satu fail ISO.

Dapatkan Nlite di sini.

Carian


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Dresses. Powered by Blogger